Home Berita PAS Pulau Pinang

‘Munajat’ Himpunkan Muslimat PAS Bersama Penduduk Kuala Muda

1028
SHARE

Oleh : UMMU AL – FATEH

KEPALA BATAS: Dewan Muslimat PAS Kawasan Kepala Batas, Pulau Pinang telah menganjurkan Program Solat Sunat Dan Munajat AKIFI pada 5 Februari 2019 bertempat di Masjid Al Hidayah, Kuala Muda.

Majlis yang bermula jam 9.00 pagi hingga 12:00 tengah hari telah dihadiri oleh seramai 70 orang muslimat PAS cawangan, wanita Umno dan penduduk sekitar Kuala Muda.

Kehadiran penduduk seawal jam 8.30 pagi memberi sambutan yang baik terhadap program anjuran PAS yang julung kali diadakan bersama penduduk di sini yang majoriti daripada Umno.

Bermula dengan solat-solat sunat seperti solat taubat, solat tasbih dan solat hajat, majlis diteruskan dengan Munajat AKIFI pimpinan Ustazah Hasanah Idrus, Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Kepala Batas.

Semasa sesi tazkirah, Ustazah Hasanah mengajak muslimat yang hadir untuk meningkatkan amal soleh sebagai usaha menjadi insan bertakwa yang diredhai oleh Allah SWT.

Program ini merupakan langkah awal untuk muslimat kawasan terus menyantuni penduduk di sini yang mahukan program-program seumpama ini terus dilaksanakan bersama dengan PAS.

Jamuan makan tengah hari turut disediakan oleh pihak penganjur bagi menghargai semua masyarakat yang hadir dalam majlis tersebut.