Home Berita PAS Perlis

Bersama dukung hasrat Presiden PAS jayakan perpaduan ummah

110
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

ARAU, 8 Jan: Seluruh kepimpinan dan ahli di semua peringkat diingatkan agar terus mendukung agenda perpaduan ummah yang telah digagaskan oleh Presiden PAS Tan Sri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang.

Menurut Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Mokhtar Senik, meskipun terdapat pelbagai isu yang menjadi batu penghalang, ia tidak wajar dijadikan alasan untuk merelakan ummah ini terus berpecah.

Jelasnya lagi, Muzakarah Majlis Syura yang bersidang baru-baru ini juga turut memutuskan perkara itu (perpaduan ummah) dengan menetapkan pendirian agar PAS tetap mempertahankan Muafakat Nasional (MN) serta memperkasakan Perikatan Nasional (PN).

Beliau sangat gemar kepada usaha menyatukan berbanding memecahkan dan ini boleh kita lihat daripada tema-tema yang diangkat menjadi Tema Muktamar PAS.

Muafakat Nasional ini minda beliaulah, beliau mula lontar cadangan ini pada tahun 2010, namun pada masa itu ditolak oleh sebahagian besar kepimpinan PAS (yang pada hari ini telah meninggalkan parti),” katanya ketika berucap pada program Memahami Minda Presiden Siri 1, anjuran PAS Kawasan Kangar di Balai Islam MADI, Jejawi Dalam, di sini malam tadi.

Ujarnya lagi, usaha berkenaan bukanlah mudah bahkan Tuan Guru Presiden PAS sendiri terpaksa menempuh pelbagai bentuk kesukaran serta halangan yang ada hingga ke hari ini.

Namun katanya, demi kepentingan Islam, semua itu dihadapi beliau dengan penuh tabah dan sabar.

Sebab itulah walaupun hebat diserang oleh sebahagian pihak yang ingin menggagalkan usaha ini, Tuan Guru Presiden PAS tidak pernah layan.

“Walaupun teruk diasak, beliau terus berjalan (menjayakan agenda ini) dengan penuh yakin demi kemenangan Islam.

“Ada pihak tuduh PAS main dua kolam, saya tegaskan kepada mereka, PAS bukan sekadar bermain dua kolam, tapi kalau ada 1000 kolam pun, PAS akan main dalam seribu kolam, demi kepentingan Islam,” jelasnya.