Home Berita PAS Perlis

Berjuang kerana akidah, bukan semangat

127
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

ARAU, 8 Jan: Perjuangan bersama-sama dengan gerakan Islam mestilah berasas kepada akidah yang sahih serta menepati syariat Allah SWT.

Demikian ingatan yang disampaikan oleh Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Mokhtar Senik pada program Memahami Minda Presiden Siri 1, anjuran PAS Kawasan Kangar di Balai Islam MADI, Jejawi Dalam, di sini malam tadi.

Menurutnya, atas sebab itulah perkara berkenaan sentiasa menjadi penekanan oleh kepimpinan PAS sejak era Kepimpinan Ulamak hingga ke hari ini.

“Penekanan Tuan Guru Presiden PAS terhadap soal akidah dan perjuangan pada hari ini adalah selari dengan tulisan buku yang pernah dikarang Almarhum Ustaz Fadhil Noor iaitu Akidah dan Perjuangan, suatu ketika dahulu.

“Maknanya penekanan terhadap perjuangan ahli PAS pada masa itu juga dibawa kepada asasnya iaitu akidah,” terangnya.

Justeru katanya, perjuangan yang didasari semangat berpolitik semata-mata tidak membawa ke mana-mana, tidak mampu bertahan, bahkan menjadi sia-sia di sisi Allah.

“Kita perlu ingat, sesuatu perkara itu akan diterima menjadi ibadah bila ada tiga syarat iaitu akidah yang betul, mengikut syariat Islam serta dibuat semata-mata ikhlas kerana Allah SWT.

“Maka,¬†pemimpin jangan hanya asyik bercakap soal politik semata-mata, sebaliknya ahli mesti dibentuk dan dengan akidah yang benar,” tegasnya.