Home Berita PAS Wilayah

BUAH TANGAN TAHUN BARU BUAT WARGA BATU

88
SHARE

Oleh AININ SHUKRI

BATU, 4 Jan: Dewan Muslimat PAS Kawasan Batu bersama Ameerah Kawasan Batu telah melaksanakan edaran kalendar tahun baru 2022 di sekitar Pasar Sentul, baru-baru ini.

Edaran 300 kalendar kepada penjual serta pengunjung pasar tersebut bertujuan untuk menyantuni penduduk setempat di samping bertanya khabar serta menzahirkan keprihatinan PAS Batu terhadap keadaan mereka pasca pendemik Covid-19 ini.

Aktiviti edaran ini telah diketuai oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Batu, Puan Salbiah Abdul Wahab, dan di bantu oleh Ketua Ameerah Kawasan Batu, Puan Nurul Awatif Fasihah Abdul Halim bersama penggerak muslimat PAS Batu.

Menurut Puan Salbiah, populasi penduduk setempat yang terdiri daripada pelbagai kaum sewajarnya dirai dengan sikap toleransi dan saling cakna agar mereka yang memerlukan dapat dibantu.

“Bahawasanya PAS mempunyai kepimpinan yang secara konsisten bertanggungjawab, berintegriti dan berwibawa serta mampu menerajui kepimpinan negara,” ujar beliau lagi.

Aktiviti-aktiviti kebajikan PAS Kawasan yang dilihat sentiasa menyantuni penduduk setempat akan menjadi titik kesinambungan dalam menjaga kesejahteraan dan keharmonian hidup bermasyarakat terutama bagi penduduk kawasan Batu dan sekitarnya.