Oleh TASNIM
PENDANG – Berjaya edar 300 pek bubur lambuk dalam 10 minit. Itu situasi yang berlaku dalam Program Sumbangan Bubur Lambuk oleh PAS Kawasan Pendang, semalam.
ADUN Tokai, YB. Dato’ Dr Hayati Othman berkata, PAS Kawasan Pendang mengedarkan 300 bubur lambuk percuma itu di Bazar Pekan Tanah Merah kepada orang ramai yang datang membeli juadah berbuka.