“Sesungguhnya orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga. Janganlah kamu mengira berita itu buruk bagi kamu bahkan itu baik bagi kamu. Setiap orang dari mereka akan mendapat balasan dari dosa yang diperbuatnya. Dan barang siapa di antara mereka yang mengambil bahagian terbesar (dari dosa yang diperbuatnya), dia mendapat azab yang besar (pula).” [Q:S. An-Nur : 11]
Berdasarkan Surah An-Nur ayat 11 hingga 21, Allah S.W.T telah menjelaskan bagaimana seharusnya kita sebagai orang beriman berinteraksi dengan berita fitnah;
1. Bersangka baik kepada golongan yang difitnah
2. Hadapi secara positif dan analisis hikmah di sebaliknya
3. Beri peringatan dan teguran kepada pemfitnah dan penyebar fitnah tentang kesan buruk dalam hidup di dunia dan ancaman azab di akhirat
4. Tuntut bukti atau saksi daripada pemfitnah dan penyerbarnya menerusi undang-undang
5. Kasihani pemfitnah dan penyerbarnya dengan berdoa dan solat hajat moga mereka kembali ke pangkal jalan
6. Sebarkan kebenaran pihak yang difitnah dan tolak kebatilan sebagaimana tersebarnya fitnah itu
7. Tanamkan rasa takut kepada laknat Allah dan hasutan syaitan di sebalik sebaran fitnah, kerosakan dan kemungkaran
Dr. Ustazah Uswah Tahir
Pengerusi Lajnah Pendidikan
Dewan Muslimat PAS Malaysia