Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

Muktamar Medan Ukhuwah dan Muhasabah

160 views
SHARE

Muktamar Medan Ukhuwah dan Muhasabah

1. Muktamar merupakan acara tahunan yang dinanti-nanti oleh setiap penggerak dan penyokong Parti Islam se-Malaysia (PAS) seperti yang tercatat pada Fasal 64 (1) Perlembagaan PAS Pindaan 2011.

2. Muktamar medan untuk berkumpul dan mengeratkan ukhuwah sesama muslimat PAS daripada seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan Labuan yang mewakili sebanyak 178 kawasan berdaftar.

3. Pada tahun ini, Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) akan mengadakan Muktamar Tahunan kali ke-58 pada 14 September, hari Jumaat bermula dengan Majlis Perasmian jam 8.45 pagi sehinggalah selesai bersidang dijangka jam 7.30 malam di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.

4. Aktiviti sepanjang tahun akan dinilai oleh semua perwakilan untuk ditambah baik dengan satu tujuan, iaitu bagi membawa DMPM ke persada yang lebih cemerlang dan gemilang.

5. Satu acara istimewa akan diadakan pada malam yang sama iaitu Muslimat Berselawat bersama Datuk Dr. Ustazah Norhafizah Musa khusus untuk semua muslimat dan wanita, bukan hanya kepada ahli PAS sahaja.

6. Kami amat mengharapkan kehadiran dan penyertaan seluruh muslimat PAS ke Sidang Muktamar tahun ini sama ada sebagai perwakilan mahupun pemerhati.

7. Di kesempatan ini juga, kami mengalu-alukan kehadiran semua wanita di luar sana untuk bersama-sama memeriahkan acara Muslimat Berselawat, sebagai inisiatif hiburan yang mendidik khusus kepada kaum wanita.

Muslimat Memacu Kemenangan

Dr. Nurul Hani Ali
Setiausaha
Dewan Muslimat PAS Malaysia
Pengarah Muktamar Tahunan DMPM Kali ke-58
8 Ogos 2018 bersamaan 26 Zulkaedah 1439