Home Berita PAS Kedah

Berganding bahu dalam program derma darah sempena Aidilfitri

46
SHARE

oleh NOR FATIN

ALOR SETAR, 16 APRIL – Jabatan Amal Padang Serai, Masjid Al-Muttaqin Taman Selasih dan Pusat Derma Darah Hospital Kulim berganding bahu dalam program derma darah.

Sedikit berbeza persiapan raya bagi mereka pada kali ini. Ketika orang ramai sibuk mempersiapkan diri dan rumah untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri, mereka pula membuat persiapan dengan menambah bekalan darah negara bagi kegunaan sepanjang musim Perayaan Aidilfitri ini.

Objektif daripada program ini adalah untuk memenuhi permintaan khas dari Pusat Darah Negara bagi mengisi Tabung Darah dalam Kempen Persiapan mereka demi menyelamatkan nyawa mereka yang memerlukan sepanjang perayaan Aidilfitri nanti.

Sedia maklum, jangkaan risiko kemalangan jalan raya yang akan meningkat sejajar dengan bilangan orang yang akan pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya dengan saudara mara.

Jumlah keseluruhan sebanyak 26 beg darah berjaya dikumpulkan. Menerusi facebook PAS Kawasan Padang Serai mereka mengucapan tahniah kepada semua yang terlibat. Dalam masa yang sama mereka mendoakan agar darah yang diderma menjadi asbab kebaikan dan dalam kerja khusunya menjaga nyawa orang ramai.

Turut hadir Tuan Shahrul Anuar Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Serai dan Tuan Norhisyam Komandan Amal Padang Serai.

Di sini mungkin ada yang masih keliru dengan hukum menderma darah di bulan Ramadan. Boleh dapatkan jawapan pada link berikut:

https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/edisi-ramadhan/1058-irsyad-al-fatwa-khas-ramadhan-60-hukum-berbekam-menderma-darah-ketika-berpuasa