Home Berita PAS Kedah

Berganding bahu anjur Pertandingan Wau Angin Timur

63
SHARE

oleh: NOR FATIN

ALOR SETAR, 22 MAC – Pertubuhan Amal Kebajikan Anak Tambak Bunga bersama Penyelaras DUN Kubang Rotan Parlimen Kuala Kedah berganding bahu menganjurkan Pertandingan wau Angin Timur 2023 di Kg Hujung Telok Kechai.

Pertandingan yang disertai daripada pelbagai kawasan seperti Kuala Nerang, Merbok, Tandop, Sungai Limau, Tok Jering, Bukit Lada, Kubang Rotan, Bertam, Kota Sarang Semut, Taman Kemudi dan Teluk Kechai sendiri itu mempertandingkan hampir 150 wau.

Juara dalam pertandingan ini telah menerima hadiah utama bernilai RM300 dan piala, manakala hadiah kedua dan ketiga masing-masing berjumlah RM200 dan RM100 beserta piala.

Juara bagi pertandingan yang berlangsung selama dua hari tersebut telah menjadi milik Gagak Hitam daripada Kota Sarang Semut, manakala naib juara dirangkul peserta daripada Bukit Lada dan Tandang Rasing dari Tok Jering di tempat ketiga.

Sudah semestinya pertandingan wau sebgini dapat mengembalikan kegemilangan seni warisan permainan tradisional Melayu. Wau merupakan permainan tradisi pada zaman dahulu yang tidak ramai generasi sekarang tahu. Wau juga merupakan khazanah masyarakat Melayu yang tinggi nilainya dan merupakan seni budaya turun-temurun. Jika permainan wau ini tidak diperkenalkan pada masa kini, ianya mungkin tidak dikenali lagi oleh generasi pada masa akan datang.