Home Berita PAS Perak

Berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul – Ustaz Hafez Sabri

348
SHARE
BERAT MATA MEMANDANG BERAT LAGI BAHU MEMIKUL
MANJOI: Team Pusat Khidmat PAS DUN Manjoi kali ini mendengar rintihan hati dari seorang waris kepada Puan Munirah yang sedang menderita mengidap sakit SLE.
Ditambah pula perlu dihadapi dikala PKP dan pendapatan suami yang tidak seberapa tidak mampu untuk menanggung kos rawatan Puan Munirah yang semakin kritikal 3 sejak 3 bulan lalu tambahan pula kini, beliau sudah tidak mampu berjalan seperti biasa.
Menurut Penyelia Pusat Khidmat DUN Manjoi, Ustaz Hafez Sabri, ketika lawatan dibuat beliau sempat mendapatkan keizinan daripada suami dan ahli keluarga mereka untuk mewakili keluarga tersebut bagi memohon sumbangan bagi membantu menampung perbelanjaan kos perubatan isterinya
“Semalam saya bersama team pusat Khidmat PAS DUN Manjoi mendengar rintihan hati dari warisnya atas ujian besar yang sedang dihadapi dugaan dikala pkp dengan pendapatan suami yang tidak seberapa tak mampu untuk menanggung kos,” tambahnya lagi.
Beliau juga memaklumkan bahawa pihak Surau Ahmad Khalif Klebang Putra, PAS Cawangan Klebang Putra dan warga masyarakat yang prihatin disini sentiasa follow up keluarga ini dengan bantuan-bantuan yang diberikan untuk meringankan ujian mereka.
Ustaz Hafez Sabri turut menyeru agar semua pihak dapatlah meringankan sedikit bebanan yang dihadapi dengan menyumbang kepada keluarga ini.Mohon lah juga sekiranya dapat membantu berkongsi post ini agar dapat lh kita memanjangkan lagi rezeki keluarga ini bagi membiayai kos perubatan dan kelangsungan hidup keluarganya.
Berikut adalah sedikit keperluan:
Susu Ensure Gold seminggu 4 tin
1. 1 tin rm 80 x 4 hari = Rm 320
2. Pampers size M
Mereka juga memerlukan kerusi roda yang boleh berfungsi ejas turun naik penyandar belakang bagi memudahkan pergerakannya untuk dibawa ke hospital setiap kali rawatan dimana sebelum ini mereka terpaksa menyewa kereta.
Jika ada yang ingin menghulurkan bantuan bagi meringankan bebanan mereka boleh terus menghubungi En Zahid suami kepada Pn Munirah. Dibawah juga ada disertakan nombor akaun jika ada yg ingin berkongsi rezeki.
Nama: Pn. Munirah Bt Che Awang
Suami: Mohd Zahid Bin Abdullah
Alamat: No.52,Jln Putra A/10, Tmn Klebang Putra
No. HP: 011-15350634
Bil tanggungan : 4 org anak (masih bersekolah yg sulung 14 tahun)
No. Account: 104040006132 (Akaun MAYBANK Pn Munirah)
158051478840 (Akaun MAYBANK suami)
Jenis penyakit: SLE (lupus)
SEDEKAH DAPAT MENYEMBUHKAN PENYAKIT
Rasulullah SAW bersabda, “Ubatilah orang yang sakit di antara kalian dengan SEDEKAH”
-Hadith Riwayat Baihaqi-