Home Artikel PAS Perlis

Persiapkan Pemuda Hadapi Pilihan Raya

402
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

ARAU : Pemuda PAS di seluruh peringkat di negeri ini digesa supaya bersiap sedia bagi menghadapi kemungkinan berlakunya pilihan raya dalam jangka masa terdekat.

Menurut Ketua Pemuda PAS Perlis Ustaz Muhammad Azmir Azizan, ketidaktentuan iklim politik tanah air sejak kebelakangan ini memberikan isyarat jelas betapa pembubaran Parlimen boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.

“Masanya telah tiba untuk kita memperkasa gerak kerja pemuda serta merancang strategi bagi menghadapi pilihan raya.

“Untuk itu, seluruh jentera pilihan raya pemuda mestilah dipersiapkan (bagi menghadapi pilihan raya) dalam masa terdekat,” tegasnya pada Usrah Pemuda PAS Perlis Kali ke-149 yang berlangsung di SRI Al-Furqan, dekat sini semalam.

Berhubung soal pengagihan kerusi pula, beliau menjelaskan perkara berkenaan akan diputuskan oleh kepemimpinan tertinggi setiap parti dalam Perikatan Nasional (PN).

Beliau turut mengingatkan, ketika tumpuan terarah kepada gerak kerja mencapai kemenangan, setiap ahli jemaah tidak boleh mengabaikan aspek kebergantungan yang tinggi kepada Allah SWT.

Turut disentuh sikap yang perlu ada dalam diri setiap penggerak parti iaitu meyakini bahawa masa depan adalah milik Islam.

“Sebagai pendokong gerakan Islam, kita kena yakin sungguh-sungguh bahawa masa depan adalah untuk Islam.

“Percayalah, selagi Islam menjadi dasar perjuangan PAS, Allah pasti akan jaga jemaah kita,” jelasnya.