Home Berita PAS Johor

Bengkel Transformasi dan Halatuju PAS Pulai

813
SHARE

Bengkel Transformasi dan Halatuju PAS Pulai

PAS Kawasan Pulai(P.161) telah mengadakan Bengkel Transformasi dan Halatuju bertempat di Hotel Seri Malaysia Johor Bahru,Johor. Bengkel tersebut melibatkan semua Ahli Jawatankuasa(AJK) PAS Kawasan, Dewan Ulamak, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat serta AJK Cawangan yang berjumlah 48 orang peserta.

Bengkel tersebut dikelolakan oleh Lajnah Pemerkasaan Parti yang diketuai oleh Saudara Kamal Azizi Bin Muhammad. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Dipertua(YDP) PAS Kawasan Pulai, En Dzulkifli Bin Suleiman yang bermula jam 8.30 pagi sehingga 6.00 petang. Dalam ucapan perasmian, YDP Kawasan menyarankan agar semua peserta bersedia untuk membuat transformasi dengan membina idea-idea baru dan seterusnya digarapkan sehingga ke akar umbi.

Program ini berjaya menjana dan mengumpulkan idea dari setiap peserta bagi menetapkan visi,misi,objektif serta pelan strategik PAS Kawasan. Menerusi program ini, PAS Kawasan Pulai telah menggariskan 7 agenda TRANSFORMASI dan 9 teras PELAN STRATEGIK (HALATUJU) melalui Indek Prestasi Utama(KPI) yang akan dicapai bagi sesi 2019-2021. Penglibatan semua barisan kepimpinan PAS Kawasan, Dewan-dewan dan Cawangan telah mencapai kesepakatan untuk memfokuskan pemerkasaan dalaman seperti penambahan ahli dan cawangan baru serta pengukuhan hubungan Ta’awun bersama UMNO Bahagian.

Program ini ditutup dengan ucapan YDP Kawasan Pulai yang mengharapkan Transformasi dan Halatuju yang dibincangkan dapat dilaksanakan oleh semua entiti mengikut sasaran KPI yang dibentangkan. Hasil daripada program ini juga akan dibukukan seterusnya dirasmikan dalam program “Deklarasi Halatuju PAS Kawasan Pulai” pada masa akan datang.