Home Artikel PAS Negeri Sembilan

Bengkel Simulasi DataApps ‘End to End’ persiap PRU14

98 views
SHARE
Oleh: RUSILAH MD SOM

SEREMBAN
: Pengarah-pengarah Jentera Pilihanraya Dun (JPrd) seluruh Negeri Sembilan  bersama petugas pilihan raya Dun telah mengikuti Bengkel Simulasi DataApps ‘End to End’ di Wisma Pasti Negeri Sembilan, di sini kelmarin.
Bengkel tersebut merupakan usaha sama Jabatan IT (JIT) dan Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPrN) melibatkan simulasi DataApps yang telah menarik minat 67 peserta yang mewakili tujuh Parlimen dalam negeri itu
Bengkel tersebut adalah siri gelombang kedua diadakan serta telah dipimpin oleh Ketua DataApps PAS Pusat, Mohd Nasri Mohd Said.
Pengarah JIT Negeri Sembilan, Mohd Kamal Mohd Arish, mengharapkan pendedahan peserta dengan simulasi tersebut mencapai objektif bengkel memandangkan kepentingan petugas PAS untuk mahir menggunakannya.
Sementara itu, Setiausaha JPrN Negeri Sembilan,  Army Saffuan Ab Rahman menegaskan, bengkel dan taklimat disampaikan itu adalah antara pecutan terakhir yang bakal menjadi senjata diguna pakai dalam peperangan PRU14 tidak lama lagi. – HARAKAHAILY 21/11/2017