Home Berita PAS Perlis

PASTI Al Furqan Juara Keseluruhan Alam Ria PASTI Arau

1051
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

ARAU : PASTI Al-Furqan telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan sempena Alam Ria PASTI Kawasan Arau yang telah berlangsung pada 22 Julai yang lalu.

PASTI berkenaan telah berjaya mendapat tempat pertama dalam acara Nasyid dan tempat kedua dalam enam acara iaitu Pertandingan Azan, Khutbah, Pidato, Bercerita (Lelaki), Bercerita (Perempuan) serta Kalam Jamaie.

Tempat kedua dan ketiga pula masing-masing diraih oleh PASTI Darul Hikmah, Jejawi Dalam dan PASTI Luqmanul Hakim, Sungai Padang.

Sebanyak 11 acara dipertandingkan di tiga buah venue pertandingan iaitu di Balai Islam MADI, Surau SRI Al-Furqan dan Dewan Makan SRI Al-Furqan.

Acara pertandingan turut diserikan dengan kehadiran Ustazah Dr. Wahibah Tahir yang merupakan Ahli Majlis Syura Ulamak PAS serta AJK Dewan Muslimat PAS Malaysia.

Beliau sempat meluangkan masa melawat ke venue pertandingan serta menyampaikan cenderahati kepada para juri pertandingan.

Majlis perasmian Alam Ria PASTI Kawasan Arau 2018 telah disempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS Perlis yang juga ADUN Sanglang, YB Mohd. Shukri Ramli.