Home Berita PAS Kedah

Bencana “kepala air” Bukan Kerana aktiviti Pembalakkan

307
SHARE

Oleh AZIZAH AKHILAH

YAN, 20 Ogos : Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah merangkap Yang DiPertua PAS Kawasan Jerai Ustaz Musoddak Ahmad melawat kawasan yang dilanda bencana “Kepala Air” hari ini di Salak Denai dan kawasan sekitar Batu Hampar Yan Kedah.

Turut serta dalam lawatan tersebut ialah ADUN Sungai Limau Ustaz Mohd Azam Abd Samat yang juga merupakan Naib Yang Pertua PAS Kawasan Jerai.

Kejadian berlaku akibat limpahan hujan pada kadar luar biasa di puncak Gunung Jerai pada 18 Ogos lalu dan menyebabkan limpahan air sungai di kawasan sekitar kaki gunung. Aliran yang deras ini telah menghanyutkan kayu balak, sampah dan tersangkut di sekitar lintasan-lintasan.

Ketika kunjungan di Chalet Salak Denai rombongan sempat bertemu dengan En Yusof Ali 70 tahun yang merupakan pemilik chalet di Salak Denai. Beliau sempat menceritakan bagaimana kejadian tersebut berlaku.

Menurutnya ketika kejadian berlaku , rumah anaknya didiami oleh 9 orang termasuk bapa mertuanya merupakan bekas imam yang masih lagi belum ditemui sehingga hari ini. Selain itu katanya, pihak bomba dan penduduk setempat masih meneruskan operasi mencari dan menyelamat bapa mentuanya yang dikhuatiri hilang dalam kejadian sama di Salak Denai iaitu kawasan sekitar Batu Hampar, Yan.

Ketika ditanya oleh apakah fenomena “kepala air” ada kaitan dengan aktiviti pembalakkan sebagaimana yang di viralkan, beliau menjawab “Bukan balak…batu reban menyebabkan pokok pokok dibawa arus kuat kerana aliran air yang luar biasa, kalau ada aktiviti pembalakkan kayu kayu nak bawa keluar ikut mana, mana ada jalan, nak kata angkut dengan heli, tak Nampak heli pun, kot Yan lori balak pun tak dak.”

En Yusof turut mengucapkan terima kasih atas kunjungan Ust Musoddak bersama Ust Azam pada hari ini melawat beliau serta menyampaikan sedikit sumbangan.