Home Berita PAS Negeri Sembilan

Belum Ke Wisma Negeri Pun PH Telah Berantakan..

3265
SHARE

Belum Ke Wisma Negeri Pun PH Telah Berantakan..

Oleh : Wan Nordin Wan Yaacob

Heboh sejak tengahari tadi berita tentang sekumpulan anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia menganggu Konvensyen Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan hari ini selepas mendapat peruntukan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) paling sedikit berbanding parti lain dalam gabungan itu.

Maka seluruh media sosial bertebaran video merakam aksi beberapa anggota PH khasnya PPBM mengamuk menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap keputusan pembahagian kerusi.

Mungkin amukan mereka berasas kerana mereka dapat paling sedikit berbanding PKR dan PAN meskipun PAN juga adik bongsu sama seperti mereka.

Yang jelas untung adalah DAP dan PKR menguasai banyak kerusi dalam pembahagian itu. Adil lah barangkali kaedah itu.

Tetapi mungkin PPBM Negeri Sembilan lupa bahawa itu pembalasan dendam oleh PKR mahupun PAN selepas mereka dibuli dibeberapa negeri. Padan lah muka masing masing kerana hari ini adegan balas membalas memang menjadi trend dalam PH.

Mereka bersatu sebelum ini kerana emosi. Di Negeri Sembilan, sejarahnya beberapa kawasan pernah memberi mesej menolak kepimpinan Mahathir mengikut keputusan PRU10 tahun 1999.

Tidak hairanlah PKR pernah menang di beberapa kerusi di sini termasuk tahun 2008 dan 2013 yang lalu.

Sebagai “abang besar” di negeri ini PKR telah mengambil sikap sama seperti PPBM di pusat dengan membuli PPBM

Padanlah dengan muka mereka, balas membalas ini satu kemestian yang dapat rakyat lihat dalam amalan PH.

Inilah politik baharu yang diamalkan demi membawa perubahan kepada rakyat kononnya, politik emosi, bantai membantai umpama hidup di medan perang.

Politik benci memenci, saling bermusuhan demi kuasa. Mereka kata PAS berangan angan bagai Mat Jenin hendak ke Putrajaya, tapi apa yang disaksikan kini PH berantakan sebelum masuk ke Putrajaya ataupun Wisma Negeri (Negeri Sembilan) hatta untuk hal pengagihan kerusi sekalipun tidak mampu diselesaikan dengan musyawarah.

Kalau inilah trend politik yang mahu dipamerkan PH, maka nanti di Putrajaya negara pula akan sentiasa tidak aman dan tenteram kerana di sana puncak kuasa, maka perebutan akan lebih hebat.

Silap-silap kerana projek pun mereka sanggup berbalah, sama seperti mereka amalkan ketika berada dalam Umno.

Selepas berakhir konvensyen, katanya ahli PPBM yang tidak puas hati menyatakan akan mensabotaj undi agar undi untuk rakyat beralih kepada Umno. Maka terbuktilah telahan rakyat sebelum ini bahawa PPBM hanya alat Umno untuk terus berkuasa dengan memperbodohkan PH dan menjadikan PH “kuda tunggangan”.

Apa beza mereka dengan Umno jika sikap begini masih berlaku?I

nilah teladan dari kepimpinan mereka. PH bersatu atas dasar emosi dan hanya mahu kuasa, sedangkan nasib rakyat tidak ada dalam kamus pembelaan mereka.

Kalau Tun Mahathir Mohamad boleh ketepikan Tan Sri Muhyiddin Yassin semata mata nak jadi “PM recyle”, maka tidak hairan lah kepimpinan melalui teladan ini kini meresap ke akar umbi PH kerana “boss” nya juga bersikap demikian.

Maka seluruh rakyat Malaysia khasnya di Negeri Sembilan agar tidak terus menjadi mangsa Umno dan dalam masa yang sama mangsa PH.

Kalau dalam perancangan ke Wisma Negeri pun mereka berbalah hingga ugut mengugut, boikot memboikot, apakah jaminan mereka tidak akan berbalah kalau “kuasa dan wang” nanti depan mata mereka.

PRU14 masa untuk berubah bersama panji perjuangan PAS.

Terbukti PAS terus matang dalam mendepani politik massa dengan agenda Islam adil untuk semua.

Menurut laporan media tempatan, PH Negeri Sembilan mengumumkan manifesto peringkat negeri dan peruntukan kerusi semasa majlis itu dan PPBM diberikan enam kerusi DUN untuk ditandingi dari 36 kerusi DUN.

Oriental Daily melaporkan sekumpulan 30 anggota PP menyuarakan bantahan ketika Presiden PH Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sedang berucap.

Kedengaran jeritan ‘tidak adil’ dan seruan memboikot menjadikan ucapan Wan Azizah terpaksa dipendekkan, kata laporan Oriental Daily.

Sementara laporan Sinchew Daily pula, anggota PPBM yang tidak berpuas hati cuba merempuh pentas bagi membuat bantahan sebelum ditenangkan Timbalan Presiden PPBM Dato Seri Mukhriz Mahathir.

Pembahagian kerusi DUN diperuntukkan oleh PH seperti berikut:

PKR (12 kerusi): Jeram Padang, Sikamat, Ampangan, Juasseh, Pilah, Labu, Rantau, Chuah, Bagan Pinang, Port Dickson, Gemas dan Sungai Lui.

DAP (11 kerusi): Chennah, Bahau, Nilai, Lobak, Temiang, Rahang, Mambau, Senawang, Bukit Kepayang, Lukut dan Repah.

PAN (7 kerusi): Serting, Johol, Klawang, Lenggeng, Paroi, Senaling dan Kota.

PPBM (6 kerusi): Palong, Sri Menanti, Chembong, Gemencheh, Pertang dan Bagan Pinang

– Penulis adalah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan –