Home Berita PAS Pulau Pinang

PAS Pulau Pinang | JeRIT 2.0 Mantapkan Persediaan Gerakerja Pilihanraya

1412
SHARE

JeRIT 2.0 Mantapkan Persediaan Gerakerja Pilihanraya

Oleh : LEA BAIDURI

KEPALA BATAS, 28 Januari 2018 : Jabatan IT PAS Negeri Pulau Pinang sekali lagi menganjurkan program Jelajah Rangsangan IT (JeRIT 2.0) semalam yang berlangsung dengan jayanya di Dewan Seminar Masjid At Taqwa, Taman Bertam Indah Kepala Batas.

Pengarah IT PAS Pusat (JITP), Suhaimi Embong yang memperincikan resolusi berkenaan program JeRIT memfokuskan kepada gerakkerja Pilihanraya dan memperkasakan penggunaan internet untuk penyebaran maklumat dan isu-isu semasa.

Tegasnya lagi jentera dan petugas pilihanraya perlu mempertingkatkan kecekapan dalam bidang masing-masing dan struktur organisasi disemua peringkat perlu dimantapkan khususnya kepada kawasan parlimen dan Dun yang akan bertanding.

Manakala sesi bengkel simulasi pilihanraya telah dikendalikan oleh Ketua Data Apps, Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Haji Nazri.

Program yang bermula jam 9 pagi dan berakhir 4 petang itu telah dihadiri oleh 150 orang peserta disetiap peringkat kawasan seluruh Pulau Pinang.

Turut hadir meraikan program, Pengerusi Asobiqun PAS Pusat, Subky Latif yang sempat berkongsi pengalaman beliau didalam perjuangan PAS kepada para peserta yang hadir.