Home Berita PAS Perak

Belia: Rasulullah Sebagai Suri Tauladan

1078
SHARE

Belia: Rasulullah Sebagai Suri Tauladan

Belia merupakan asas sebenar atau tulang belakang kepada keutuhan dan kekuatan sesuatu bangsa dan negara. Jelas sekali belia negara generasi kini akan menentukan halacara pembangunan dan corak kepimpinan negara masa akan datang.

Belia yang dedikasi adalah yang memiliki asas agama yang utuh dan nilai murni yang tinggi dalam kehidupan. Tanpa keduanya, watak belia dan remaja terutamanya remaja Islam akan mengalami ketirisan dan terdedah kepada pengaruh baharu yang merosakkan akhlak mereka.

Dewan Muslimat PAS Negeri Perak berharap agar seluruh yang bergelar belia sentiasa membina dan memiliki kekuatan jati diri agar menjadi golongan yang lebih baik dan dicintai oleh Allah. Teladanilah Rasulullah SAW sebagai model terbaik yang sewajarnya menjadi ikutan umat sepanjang zaman.

“Dan sesungguhnya engkau (Muhammad) benar-benar berbudi pekerti yang agung”
(Surah Al-Qalam: 4)

Keindahan akhlak di tahap yang tinggi akan memberi kesan besar kepada masa depan kita di dunia dan di akhirat. Manfaatkanlah usia muda dan kesempurnaan kesihatan tubuh badan ini dengan melakukan khidmat bakti kepada agama, bangsa dan negara.

Selamat Hari Belia !

“Dekad Ini, Dekad Anda”

“Islam Memimpin, Wanita Sejahtera”

Ikhlas daripada,
Dr Hjh Najihatussalehah binti Ahmad
Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Perak
15 Mei 2020 | 22 Ramadan 1441H