Home Kenyataan Media PAS Kedah

Belanjawan 2022, PAS Padang Terap harap sinar buat penoreh getah

186
SHARE

Oleh MOHD AZAM ABD AZIZ

PADANG TERAP, 28 Okt – Menjelang belanjawan negara yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat Jumaat ini, PAS Padang Terap mengharapkan pihak kerajaan memberikan sentuhan khusus kepada nasib penoreh getah.

Antara cadangan kepada pihak kerajaan ialah meletakan harga lantai getah sekerap sekurang-kurangnya kepada RM3.50 sekilogram.

Walaupun pendapatan golongan penoreh getah dikatakan agak stabil ketika ini dengan harga mencecah RM3 sekilogram, tetapi hakikat nya ramai diantara mereka merosot pendapatan ekoran faktor penyakit pokok dan keadaan cuaca.

Kebanyakan penoreh getah luar bandar adalah katogeri miskin dan sangat terkesan dengan pendamik Covid-19.

PAS Padang Terap mengaharapkan belanjawan negara adalah medan terbaik merealisasikan harga lantai getah,tidak perlu tunggu saat tiba pilihanraya.

Kami juga bimbang, pekebun kecil getah menukar tanaman getah kepada tanaman lain atas faktor tanaman lain lebih lumayan harga di pasaran, sudah tentu akan menjejaskan negara sebagai pengeluar getah utama .

PAS Padang Terap juga menyambut baik penekanan yang disebut oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid bahawa pihak kerajaan akan mencari formula menaikan harga lantai getah sekerap kepada RM3.50 sekilogram.

Semoga impian pekebun kecil dan penoreh getah mendapat pendapatan yang stabil dan lumayan menerusi harga lantai getah sekerap yang tinggi ini dapat direalisasikan di era “Keluarga Malaysia” dibawah kepimpinan YAB Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Ismail Sabri.