Home Berita PAS Kedah

Bekalan air bersih akan disalurkan segera

59
SHARE

POKOK SENA – ADUN Bukit Lada, YB Ustaz Salim Mahmood menghadiri mesyuarat bersama Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) yang terlibat dengan masalah gangguan bekalan air bersih, baru-baru ini.

Sebanyak 109 buah keluarga daripada 18 buah kampung di dalam DUN Bukit Lada telah diluluskan peruntukan sebahagian kos pemasangan meter air SADA.

Ustaz Salim dalam satu kenyataan berkata, tujuan perbincangan dilakukan bagi mencari rumah yang perlu disegerakan dan memerlukan kerjasama daripada JPKK bagi memaklumkan lokasi rumah yang terlibat.

“Terima kasih kepada JPKK yang turut bersama membantu melaporkan masalah penduduk kepada pihak YB Ustaz.

“Terima kasih juga pada pihak kerajaan dan pihak SADA yang meluluskan peruntukan bagi menyelesaikan masalah air ini,” ujarnya.

Semoga usaha ini dapat memudahkan rakyat Bukit Lada mendapat bekalan air bersih.