Home Berita PAS Kedah

Beg sekolah baru dari DANA KITA untuk anak-anak Padang Terap

61
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

PADANG TERAP – Parlimen Padang Terap telah menerima kunjungan dan sumbangan bantuan beg sekolah daripada NGO Dana baru-baru ini.

“Seminggu lagi nak buka sekolah, pelbagai persiapan perlu dibuat terutama waris kali pertama menguruskan persekolahan anak mereka, apatah lagi jika serentak kakak, abang, adik, semuanya memerlukan kos yang banyak” ujar Parlimen Padang Terap YB.Nurul Amin Abd Hamid.

Beliau berkata,”Alhamdulillah hari ini NGO Dana Kita yang diketuai oleh Cikgu Zaharan Yaakob dan team Dana Kita hadir ke Padang Terap menyerahkan bantuan beg sekolah kepada para pelajar”.

“Terima Kasih kepada NGO Dana Kita yang telah melaksanakan usaha yang murni ini bagi meringakan beban para waris di daerah Padang Terap.” Katanya.

Turut bersama ialah Pengarah Pusat Khidmat Dun Kuala Nerang Ustaz Habibullah Salleh, Pengarah Pusat Khidmat Ahli Parlimen Padang Terap Zolkipli Majid dan Timbalan Pengarah Pusat Khidmat Ahli Parlimen Padang Terap Ustaz Kyairul Syafizan Zakaria.