Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

Bebas Tertuduh LTTE, Rakyat Risau Keselamatan Negara

688
SHARE

BEBAS TERTUDUH LTTE, RAKYAT RISAU KESELAMATAN NEGARA

1. Kenyataan Peguam Negara, Tommy Thomas bertarikh 21 Februari 2020 yang menjustifikasikan pembebasan 12 orang tertuduh berkait penglibatan dengan kumpulan pengganas LTTE mengejut dan mengecewakan ramai pihak. Kenyataan Peguam Negara itu sekaligus menimbulkan kerisauan ramai pihak terhadap tahap keselamatan negara.

2. Seterusnya kenyataan media Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertarikh 22 Februari 2020 pula menunjukkan percanggahan yang ketara dengan kenyataan Peguam Negara. Betapa peningnya rakyat dengan situasi semasa negara ini.

3. Bagaimana seorang yang mengetuai Jabatan Peguam Negara yang bertanggungjawab mendakwa para penjenayah boleh berbeza premis dengan Kementerian yang bertanggungjawab soal keselamatan dalam negara?

4. Jika digunapakai alasan-alasan Peguam Negara dalam kenyataan sepanjang 11 mukasurat itu, adakah justifikasi yang sama boleh digunakan untuk membebaskan kesemua kes terkait keganasan?
Jika tidak, sudah pasti tindakan Peguam Negara ini satu tindakan yang tidak adil dan merosakkan kepercayaan rakyat terhadap proses keadilan dalam negara.

5. Dewan Muslimat PAS Malaysia menyokong kenyataan Menteri Dalam Negeri yang bertegas mengekalkan LTTE dalam senarai pengganas. Justeru itu, tindakan membebaskan 12 tertuduh terkait LTTE mesti dikaji semula.

6. Dewan Muslimat PAS Malaysia dengan ini berpendirian Tommy Thomas mesti meletak jawatan. Thommy Thomas harus dipertanggungjawabkan di atas cubaan beliau yang seakan berusaha membersihkan naratif negatif LTTE di kaca mata masyarakat Malaysia.

YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
23hb Februari 2020 bersamaan 29 Jamadilakhir 1441H