Home Berita PAS Kedah

Bantuan PKP 3.0 Dun Bukit Lada diagihkan melalui PKOB

304
SHARE

Oleh : M SAUFI ARM

POKOK SENA, 3 Jun 2021 : Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lada, Ustaz Salim Mahmood mengadakan mesyuarat dengan JPKK melalui atas talian bagi penyelarasan Bantuan PKP 3.0 yang diperuntukkan kerajaan kepada penduduk setempat.

Seramai 40 JPKK hadir mesyuarat dalam talian yang berlangsung selama sejam itu.

Ustaz Salim berkata, perjumpaan atas talian dibuat bagi membolehkan JPKK menyampaikan maklumat yang tepat bagi penduduk yang terputus bekalan makanan atau terjejas pendapatan.

Beliau turut berterima kasih kepada JPKK yang berpendapatan lebih yang turut menghulurkan sumbangan kepada warga DUN Bukit Lada. Sebanyak 500 pek bantuan makanan dihantar ke Pusat Kawalan Oprasi Bencana ( PKOB ) Pokok Sena untuk diagihkan kepada penduduk yang dikuarantin Covid19 dan mereka yang memerlukan kesan PKP di kawasan itu.

Proses pemindahan bantuan itu dibantu anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Amal Malaysia Kawasan Pokok Sena dan Rela.
Turut hadir wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Pokok Sena, Penghulu – penghulu di dalam DUN Bukit Lada dan staf Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Bukit Lada.

Sehingga semalam, lebih kurang 20 keluarga di Pokok Sena telah menerima sumbangan awal daripada PKOB yang diterima makluman mereka melalui telefon.

Bantuan PKP 3.0 itu diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Kedah bagi penduduk yang dikuarantin kerana Covid19 dan terputus bekalan makanan kesan ‘lockdown’ selama dua minggu.