Home Berita PAS Selangor

Bantuan kepada keluarga yang 2 bulan terputus sumber pendapatan – JAMK Puchong

155
SHARE

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

PUCHONG | Pemuda PAS Kawasan Puchong melalui Jabatan Amal Malaysia Kawasan Puchong meneruskan lagi usaha mereka dalam misi membantu mereka yang terjejas dan memerlukan bantuan.

Misi kali ini mereka memberi bantuan buat seorang suri rumah sepenuh masa dengan 7 orang anak yang diuji dengan ketua keluarganya terpaksa diberhentikan kerja kerana tempat kerjanya tidak dapat beroperasi sewaktu PKP.

Menurut laporan, keluarga mereka ini sudah 2 bulan hilang punca rezeki. JAMK Puchong menyampaikan bantuan berbentuk bekalan makanan asas, beras dan juga daging korban kepada mereka. Terserlah senyuman yang terukir dibibir mereka setelah menerima bantuan tersebut.

Sebelum beredar, anggota JAMK Puchong bacakan doa bersama-sama semoga beliau dan kita semua dimudahkan urusan dan moga Allah angkat wabak Covid-19 ini supaya kehidupan kita semua dapat kembali seperti sedia kala.

Terima kasih diucapkan kepada tuan/puan yang memberikan sumbangan. Dengan sumbangan tuan/puan dapat mereka sampaikan dan bantu lebih ramai orang.

Bagi yang ingin membantu mereka dalam misi membantu lebih ramai orang yang berada dalam kesusahan boleh salurkan ke :-

Akaun : PAS KAWASAN PUCHONG
Bank : Bank Islam
No. akaun : 1226 1010 0046 30

Akaun : AMAL ISTIQAMAH RESOURCES
Bank : Maybank
No. akaun : 5686 2100 5960

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor