Home Berita PAS Selangor

Sumbangan 5 buah ‘laptop’ buat CAC Stadium Melawati – Pengurus Operasi KMNS

17
SHARE

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Shehdi Hazrik Shamsudin
Pengurus Operasi Khidmat Malaysia Negeri Selangor

SHAH ALAM | Khidmat Malaysia Negeri Selangor bersama NGO Papisma Selangor dan Iman Care yang bekerjasama dengan VCEE19 dibawah program Agen Basmi Covid-19 Nasional NADMA telah menyampaikan sumbangan 5 buah Komputer Riba buat pertugas PKD Petaling di CAC Stadium Melawati petang tadi.

Pihak kami dimaklumkan pengurusan pusat saringan CAC Stadium Melawati sebelum ini bahawa mereka tidak cukup komputer riba dan ada pertugas terpaksa membawa komputer mereka sendiri untuk bertugas di kaunter pendaftaran dan saringan.

Sumbangan diserahkan sendiri oleh Pengerusi KMNS Y.Bahg Ustaz Noor Najhan Salleh bersama Bendahari KMNS Dato Rushdan Rusmi serta wakil Papisma kepada pertugas CAC Stadium Melawati tadi.

Diharapkan sumbangan ini dapat meningkatkan lagi tahap efisien pengurusan perjalanan saringan yang dilihat telah ada banyak perubahan ketika ini.

Manakala sebelum itu di Hospital Shah Alam, satu serahan 300 kotak biskut permohonan Pengerusi Yayasan Amal Selangor Tuan Azri Arish melalui sumbangan pihak Mydin telah diserahkan kepada Hospital Shah Alam.

Bagi pihak NGO Khidmat Malaysia dan semua sahabat NGO2 yang bersama kami mendoakan agar seluruh pertugas barisan hadapan negara kita akan dapat terus berkhidmat dengan baik sehingga kita semua berjaya memutuskan rantaian jangkitan wabak Covid 19 ini.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor