Home Artikel PAS Johor

Bantuan kemanusiaan Mangsa Banjir

114
SHARE

Bantuan kemanusiaan Mangsa Banjir

SIMPANG RENGGAM – Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Ustaz Abdullah Husin hari ini meneruskan kesinambungan penyerahan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Negeri Johor, di sini hari ini.

Beberapa Pusat Pemindahan Sementara(PPS) sempat dikunjungi beliau bersama pimpinan PAS Negeri Johor yang lain serta anggota Khidmat Malaysia termasuk PPS Kampung Parit Basti, Balai Isnin Maarof, Dewan Kolam Air, Balai Haji Hashim dan Sekolah Kebangsaan Sungai Linau.

Sementara itu, beberapa kumpulan sukarelawan Khidmat Malaysia yang terdiri daripada Jabatan Amal Malaysia juga terus giat membantu mangsa-mangsa banjir yang telah pulang ke rumah membasuh rumah mereka yang berlumpur.

Rata-rata mangsa sudah mula pulang ke rumah untuk mula mencuci rumah dan PPS mula kosong. Ada PPS yang sudah tutup. 

Walau bagaimanapun Ustaz Abdullah Husin menasihatkan kepada mangsa-mangsa agar berhati-hati ketika membersihkan kediaman, dikhuatiri terserempak haiwan berbisa. 

Katanya lagi “berjaga-jaga juga jika ada gelombang kedua yang datang menyusul kemudian”.