Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor
Oleh : Umar Al-Hayawi
Gombak | PKP yang dilaksanakan sudah membuatkan rakyat menderita kehilangan sumber pendapatan dan terputus bekalan makanan. Apatah lagi rakyat mahu bertahan dalam PKPD yang telah dikuatkuasakan baru-baru ini. Ada yang kehilangan kerja, ada yang kematian punca pendapatan keluarga dan ada juga yang kehabisan bekalan makanan.
Muslimat PAS DUN Gombak Setia menyatakan, mereka tidak menantikan rumah yang mengibarkan bendera putih untuk beri bantuan. Kekuatan utama sebagai team ziarah Muslimat Sg Chincin, tanggungjawab dan cakna membantu mereka yang terputus bekalan tetap diteruskan, dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.
Menurut mereka, terdapat sebuah keluarga yang kehabisan susu dan pampers untuk anak kecil mereka. Selain itu, ada juga keluarga yang kehabisan wang belanja harian mereka. Mendengar luahan mereka dan menyampaikan sedikit bantuan bagi meringankan beban harian. Semoga dengan sumbangan yang kecil ini dapat meringankan sedikit ujian yang mereka tanggungi.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor