Home Berita PAS Selangor

PAS Tanjong Karang beri bantuan buat yang memerlukan – PAS Kawasan Tanjong Karang

7
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Tanjong Karang

Oleh : Umar Al-Hayawi

Tanjong Karang | Kini ramai orang susah dan sangat memerlukan bantuan. Mereka sangat terjejas kesan wabak Covid-19 yang melanda negara kita. Setahun lebih kita bertempur dangan wabak ini, mungkin ada yang masih boleh bertahan dan ada juga yang tidak.

Kepada yang tidak sangat memerlukan dan terjejas pendapatan sehingga tidak lagi mampu menyara keluarga dialu-alukan untuk menghubungi pihak PAS Kawasan atau NGO di kawasan masing-masing untuk bantuan.

Saudara Hafiz Tamamai selaku Komandan Jabatan Amal Malaysia Kawasan Tanjong Karang yang juga merupakan seorang Pemuda PAS Kawasan, telah bersama team beliau mewakili Pusat Khidmat PAS meneruskan penyampaian bantuan kepada beberapa penduduk yang terjejas diwaktu pandemik Covid-19 ini.

Beberapa keluarga telah menerima bantuan bakul makanan. Bantuan adalah berdasarkan maklumat yang diterima tidak kira daripada jiran tetangga atau yang menghubungi sendiri Pusat Khidmat PAS Tanjong Karang. Begitulah peranan hidup berjiran yang akan saling memberi manafaat samada semasa susah atau senang.

Bendera Putih atau tidak, sekiranya benar benar memerlukan, PAS Kawasan Tanjong Karang akan terus bantu. Bagi penduduk di sekitar Tanjong Karang yang betul-betul memerlukan bantuan dan terputus bekalan boleh terus whatsapp ditalian : 0124867303.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor