Home Kenyataan Media PAS Selangor

Kenyataan Media DPPNS : Kerajaan Selangor perlu beri penjelasan – Ketua Pemuda DPPNS

118
SHARE

May be an image of 2 people and text that says "Terbitan oleh: Nümed DPPNS KENYATAAN MEDIA KERAJAAN SELANGOR PERLU BERI PENJELASAN USTAZ HANAFI ZULKAPLI Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Selangor 28 Jun 2021 17 Zulkaedah 1442H NECARA #MEMIMPIN Y4G SPYMEDIA Youth4Green Dewan Pemuda PAS Selangor https://pemudaselangor.pas.org.my"

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR

Kerajaan Selangor Perlu Beri Penjelasan

Oleh : Ustaz Hanafi Zulkapli
Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

1. Tular satu kenyataan yang melibatkan isu yang cukup besar berkenaan pemberian vaksin kepada seluruh rakyat Negeri Selangor dan ianya telah dimanipulasi dengan bayaran berganda bagi mereka yang ingin mendapatkan vaksin secara berbayar.

2. Pemuda PAS Negeri Selangor merasakan kenyataan ini adalah sebuah isu yang cukup berat apatah lagi Negeri Selangor adalah Negeri yang menjadi ‘pemberat’ terhadap jumlah jangkitan harian COVID-19 mengikut data harian yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

3. Dengan tindakan Kerajaan Negeri Selangor yang seolah membuat untung berganda ketika Kerajaan Pusat memberi vaksin secara percuma kepada seluruh rakyat, ianya perlu dijawab dan dijelaskan dengan segera apatah lagi jumlah bayaran yang dikenakan terlalu tinggi dalam situasi getir yang dialami rakyat.

4. Jika isu ini adalah benar, Pemuda PAS Negeri Selangor akan menyatakan bantahan besar-besaran atas kesempatan yang cukup jijik begini. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri Selangor perlu memberi jawapan segera agar mengurangkan keresahan rakyat yang kian tersepit akibat daripada ‘sumbangan’ besar Negeri Selangor terhadap jumlah jangkitan di Malaysia.

5. Pemuda PAS Selangor muak dengan tindakan kerajaan PH yang ‘over claim’ bahawa SELangkah efisien, lebih muak lagi apabila menganggap Task Force Covid-19 Selangor adalah terbaik hakikatnya kes di Selangor tidak pernah turun sejak PKP 3.0 dijalankan. Berbeza dengan negeri-negeri lain yang menunjukkan penurunan kes.

6. Adakah hanya dengan menjalankan ujian calitan besar-besaran dan mendapat keputusan kes positif yang ramai kemudian menyalahkan Kerajaan Persekutuan lambat beri vaksin? Apakah ini sandiwara Kerajaan Selangor agar dapat mengambil kesempatan di atas kesempitan rakyat dengan menjual vaksin dengan harga yang berganda walhal Kerajaan Persekutuan menyediakannya dengan percuma!

7. Sehingga hari ini Kerajaan Selangor gagal membantu mengurangkan kes, walaupun PKP sudah berjalan hampir sebulan, bahkan menghimpit dengan kenakan bayaran yang tinggi kepada rakyat dengan jualan vaksin.

Memimpin Negara
Pemuda Bangkit Demi Islam

28 JUN 2021 | 17 ZULKAEDAH 1442H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor