Home Berita PAS Kedah

Bantu Pelajar SRITI Asnaf Miskin

219
SHARE

Oleh TAHIRAH MAT HUSSAIN

NAKA, 8 Ogos 2021: Seramai sebelas pelajar asnaf miskin Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Nurul Hidayah menerima bantuan daripada Unit Kebajikan SRITI Nurul Hidayah pada 2 Ogos 2021 yang lalu.

Yang Berhormat Dun Pedu Mohd Radzi Md Amin turut melapangkan masa bersama menyalurkan bantuan.

“Bangga dengan waris asnaf miskin SRITI yang bekerja sendiri sebagai penoreh, peniaga kecilan dan bekerja di kedai makan gigih mencari rezeki untuk membesarkan anak dengan didikan agama dan akademik. SRITI Nurul Hidayah menjadi pilihan mereka. Terima kasih kepada waris yang memberi kepercayaan kepada pihak sekolah untuk pendidikan anak-anak.

Pelajar asnaf miskin SRITI Nurul Hidayah tidak ketinggalan untuk kita bantu meringankan beban mereka sekeluarga.” Kata Mohd Radzi Md Amin yang juga merupakan pengerusi institut pendidikan tersebut.