Home Berita PAS Pulau Pinang

#BanjirPulauPinang : PAS Nibong Tebal Bantu Mangsa Banjir

1097
SHARE

Isnin 06 November 2017, PAS Nibong Tebal menggerakan misi bantuan ke kawasan yang dilanda banjir sekitar Sg Bakap dan Simpang Empat di sini sejak hari pertama banjir.

YDP PAS Nibong Tebal Tuan Mohamad Ahmad bersama exco BPPNPP Ustaz Usman Jaafar al Marbawi yang juga AJK PAS Nibong Tebal turun memantau dan membantu mangsa banjir sekitar Kg Kepala Gajah Simpang Empat yang terok dilanda banjir semalam. Turut serta dalam misi batuan Ketua Penerangan PAS Kawasan Nor Zamri Latiff dan barisan ajk Dewan Muslimat Nibong Tebal.

Rombongan PAS Nibong Tebal turut menghulurkan sumbangan berbentuk makanan dan keperluan dapur kepada lebih 46 buah keluarga melibatkan 154 mangsa banjir di kawasan itu.

Sebelum itu Jabatan Amal PAS Nibong Tebal turut melancarkan gotong royong mengalihkan pokok yang tumbang akibat ribut sekitar Sg Duri. Terdapat beberapa buah rumah penduduk dihempap pokok dan pokok tumbang menghalang lalu lintas.

Dewan Muslimat PAS Nibong Tebal juga tidak ketinggalan bersama membantu memasak dan menyediakan makanan untuk diedarkan kepada mangsa banjir di pusat pemindahan banjir Dewan Masjid Kepala Gajah

Ketika ditemui Us Usman al Marbawi menjelaskan apa yg terjadi ini ada hikmah dan rahmat Allah swt, ujian yang berupa peringatan dari Allah atas kelalaian kita. PAS Nibong Tebal menggesa kajian secara holistik perlu supaya isu banjir di negeri Pulau Pinang ini dapat tangani. Sebagaimana kita sedia maklum lebih 20 kali banjir melanda Pulau Pinang dalam tahun 2017, ini bermakna kerja-kerja pembangunan dibuat secara tergesa-gesa tanpa perancangan rapi.

Menurut Ydp, Pas NT akan berusaha menangani dan sedaya upaya membantu menyumbangkan bantuan kepada mangsa banjir dan memohon semua umat Islam berdoa kepada Allah supaya kita dijauhkan dari kemurkaanNya.

Wardah Abdul Rahman