Home Berita PAS Selangor

Banjir Pulau Pinang : Khidmat Malaysia PAS Selangor Teruskan Operasi

1153
SHARE

Khidmat Malaysia Negeri Selangor akan meneruskan operasi bantuan banjir di Pulau Pinang hujung minggu ini.

Ini dinyatakan oleh YB Dato’ Dr Yunus Ahmad Hairy selaku Pengarah Khidmat Malaysia Negeri Selangor selepas mempengerusikan mesyuarat khas operasi bantuan banjir Pulau Pinang di Shah Alam hari ini.

Khidmat Malaysia Selangor bertindak untuk menyusun pergerakan seluruh agensi dan NGO di bawah PAS Negeri yang akan turun ke Pulau Pinang hujung minggu ini.

Selain itu Khidmat Malaysia Selangor turut merancang persediaan gelombang kedua hujan lebat dan ribut petir yang dijangka melanda negeri ini.

Hari ini Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran cuaca buruk dan ribut petir yang melanda sebahagian besar Semenanjung termasuk di Selangor.