Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

Misi “Clean & Clear”

1065
SHARE

Misi “Clean & Clear”

Pulau Pinang, 9 November 2017 : Alhamdulillah, segala puji dan kesyukuran dipanjatkan kepada Allah Yang Maha Berkuasa di atas segalanya. Semenjak semalam, banjir di Pulau Pinang mulai surut. Penduduk mulai sibuk membersihkan rumah-rumah mereka yang dipenuhi lumpur dan selut.

Seawal pagi tadi, sepasukan Skuad Prihatin Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Malaysia (LKK DMPM) bersama-sama dengan rombongan dari Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor (DMPNS) telah berangkat ke Pulau Pinang bagi meneruskan Misi Banjir. Mereka bergerak dengan 4 buah kereta bersama kelengkapan-kelengkapan mencuci rumah. Misi rombongan ke-3 Skuad Prihatin ini pada hari ini ialah membantu membersihkan rumah-rumah mangsa banjir di Pulau Pinang. In shaa Allah, sasaran sebanyak 40 buah rumah akan dibersihkan.

Rombongan ke-3 Skuad Prihatin LKK DMPM dan DMPNS sampai di Markas PAS Pongsu Seribu pada pukul 10.30 pagi sempat membungkus barangan, diikuti 12.30 tengah hari tadi memulakan tugas membersih. Alhadmdulillah, dalam masa 4 jam sepanjang petang tadi, mereka telah membersihkan 2 buah rumah iaitu rumah Hajjah Normah di Kampung Padang Sungai Dua dan Rumah En Munzir dan Puan Azulia di Kampung Merbau Kudung.

Turut hadir bersama-sama dalam Misi Pembersihan Rumah ini ialah wakil daripada Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) iaitu Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan, Ketua Penerangan dan Hubungan Media DMPM merangkap Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor, Puan Nor Riha selaku Pengerusi LKK DMPNS, Haji Md Jamil Abd Rahman Penolong Setiausaha 1 PAS Negeri Pulau Pinang merangkap Setiausaha PAS Kawasan Tasek Gelugor, pasukan Briged Muslimat PAS Negeri Selangor serta ahli Jawatankuasa DMPK Hulu Langat, Serdang dan Puchong.

Menurut Puan Nor Riha, kerugian yang dialami mangsa banjir agak besar. Kesemua barangan dan perabot rumah mereka musnah kerana paras air banjir ialah setinggi paras dada.

Kepada yang sudi menyumbang, LKK DMPM mengalu-alukan niat murni sahabat-sahabat diluar sana untuk terus menyumbang dengan menyalurkan sumbangan anda ke Akaun:

Dewan Muslimat PAS Pusat 

MAYBANK: 5640 2540 0711

SMS/Whatsapp slip sumbangan kepada:

Dr. ‘Uyun : 019 – 357 7502
Puan Zurina : 014 – 306 9141
Saudari Zuriati : 019 – 204 9434
Saudari Oyeen : 019 – 590 2381

Semoga dengan sumbangan anda, ianya menjadi saham terbesar kita di akhirat kelak. InsyaAllah, Jazakumullah Khair Katheera. Siiru ‘ala Barakatillah.

? Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Malaysia

#KamiPrihatin
#SejahteraBersamaIslam
#MuslimatMemacuKemenangan