Home Berita PAS Johor

Banjir Johor : PJ Johor iring YB Kak Lah lawat PPS Segamat

672
SHARE
SEGAMAT, 3 Jan : Pesuruhjaya PAS Johor, Ustaz Abdullah Husin pagi ini hadir bersama mengiringi Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Dato’ Hajah Siti Zailah Mohd Yusoff melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Gemereh Segamat, di sini.
.
“Pagi tadi saya mengiringi YB Zailah melawat PPS Sek Agama Gemereh Segamat. Lebih kurang 24 keluarga mangsa banjir yang berada di sana.
.
“Mendapat berita sedih seorang mangsa banjir yang meninggal dunia kerana sakit tua di PPS Gemereh bernama Allahyarham Husin bin Hj. Jalil.
.
“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diampuni segala dosa- dosanya. Aamiin Ya Rabb. Semoga tabah dalam menghadapi ujian Allah ini,” kata beliau dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya.
.
Daerah Segamat direkodkan antara kawasan yang terburuk dilanda banjir pada awal tahun ini selain Tangkak, Kota Tinggi, Mersing, Kluang, Johor Bahru dan Batu Pahat.
.
Sumber dari NADMA melaporkan sehingga jam 12 tengahari ini, seramai 4,062 mangsa banjir melibatkan 64 keluarga telah ditempatkan di 64 PPS di tujuh daerah tersebut di seluruh Johor berikutan banjir yang melanda.
.