Oleh : Abu Hadif
KULAI, 6 Jan : Komandan Jabatan Amal Malaysia (JAM) Kulai, Azamudin Kulai bersama pasukannya telah membantu membersihkan dua buah rumah yang didiami warga emas, di sini, kelmarin.
Pasca banjir yang berlaku baru-baru ini telah menyebabkan beberapa rumah penduduk di sini terjejas akibat dimasuki air lumpur daripada banjir.
Menurut Azamudin, keadaan rumah warga emas itu yang dinaiki air sebelum ini berada dalam keadaan agak teruk setelah banjir surut.
Beliau juga menambah pasukannya yang bergerak di bawah Khidmat Malaysia Kulai juga telah bersedia lebih awal dari segi kelengkapan pembersihan untuk operasi bantuan banjir kepada mangsa-mangsa yang terjejas.
• Laporan disediakan Wartawan Rakyat Melaka (WARM) yang sedang membuat liputan banjir di Johor.