Home Berita PAS Kedah

Ban Pecah : LRA Pokok Sena satu-satunya terjejas air

224
SHARE

ALOR SETAR – Kejadian ban pecah di Kampung Telaga Batu yang dikhuatiri menjejaskan bekalan air kepada hampir 80,000 akaun pengguna melibatkan empat daerah sebelum ini hanya akan menjejaskan Daerah Pokok Sena sahaja.

Perkara itu dijelaskan oleh Syarikat Air Darul Aman (SADA) bahawa hanya 13,500 akaun pangguna di Pokok Sena yang dijangka akan terjejas dan bukan 60,000- 80,000 akaun pengguna seperti yang dijangka sebelum ini.

Hal ini kerana bekalan air mentah di loji Jenun Lama, Jenun Baru dan Bukit Pinang masih stabil dan tidak terjejas. Namun, SADA akan terus memantau paras intake air di semua loji berkenaan.

SADA dan MADA telah menjalankan kerja-kerja membina sekatan sementara (belat) dan dijangka siap petang ini.