Home Minda Presiden

Bala tentera Allah SWT tidak boleh dikalahkan

667
SHARE

Minda Presiden PAS

BALA TENTERA ALLAH SWT TIDAK BOLEH DIKALAHKAN


Firman Allah SWT:

﴿وَمَا جَعَلْنَا أَصْحَابَ النَّارِ إِلَّا مَلَائِكَةً وَمَا جَعَلْنَا عِدَّتَهُمْ إِلَّا فِتْنَةً لِلَّذِينَ كَفَرُوا لِيَسْتَيْقِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ وَيَزْدَادَ الَّذِينَ آمَنُوا إِيمَانًا وَلَا يَرْتَابَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ وَالْمُؤْمِنُونَ وَلِيَقُولَ الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ وَالْكَافِرُونَ مَاذَا أَرَادَ اللَّهُ بِهَذَا مَثَلًا كَذَلِكَ يُضِلُّ اللَّهُ مَنْ يَشَاءُ وَيَهْدِي مَنْ يَشَاءُ وَمَا يَعْلَمُ جُنُودَ رَبِّكَ إِلَّا هُوَ  وَمَا هِيَ إِلَّا ذِكْرَى لِلْبَشَرِ٣١﴾

“Dan tiada Kami menjadikan penjaga neraka itu melainkan daripada kalangan malaikat, dan tidaklah Kami menjadikan bilangan mereka itu melainkan untuk jadi cubaan bagi orang-orang kafir, supaya orang-orang yang diberikan Kitab menjadi yakin dan orang yang beriman bertambah keimanannya; dan supaya orang-orang yang diberikan Kitab dan orang-orang Mukmin itu tidak ragu-ragu; dan supaya orang-orang yang di dalam hatinya mempunyai penyakit dan orang-orang kafir (mengatakan): ‘Apakah yang dikehendaki Allah dengan bilangan ini sebagai suatu perumpamaan?’ Demikianlah Allah membiarkan orang-orang yang dikehendaki-Nya berada dalam kesesatan dan memberikan petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan tiada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia sendiri. Dan Saqar itu tiada lain hanyalah peringatan bagi manusia.” (Surah al-Muddathir: 31)

Firman Allah SWT:

﴿يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ جَاءَتْكُمْ جُنُودٌ فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمْ رِيحًا وَجُنُودًا لَمْ تَرَوْهَا  وَكَانَ اللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرًا٩﴾

Wahai orang-orang yang beriman, kenangkanlah ni‘mat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kalian. Semasa kalian didatangi tentera (Al-Ahzab), lalu Kami hantarkan kepada mereka angin ribut (yang kencang) serta angkatan tentera (daripada kalangan malaikat) yang kalian tidak dapat melihatnya. Dan (ingatlah) Allah sentiasa melihat apa yang kalian lakukan.” (Surah al-Ahzab: 9)

Firman Allah SWT:

﴿قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ٢٦﴾

Katakanlah: ‘Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau memberikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau mencabut kerajaan daripada orang yang Engkau kehendaki. Engkau memuliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau menghinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (Surah Ali ‘Imran: 26)

Dunia menghadapi zaman tiadanya kuasa besar yang betul-betul mampu melindungi hak asasi manusia yang sebenar. Kuasa besar daripada semua blok yang ada lebih kepada bersikap memaksa terhadap negara yang lemah. Sekiranya tidak mengikut dasar dan cara polisi mereka, maka operasi ketenteraan akan dilakukan di mana sahaja atas nama keamanan, demokrasi dan hak asasi manusia dengan ternyata penuh dengan penipuan dan putar belit.

Mutakhir, Amerika Syarikat mengisytiharkan negaranya sebagai sebuah kuasa besar tunggal yang memimpin dunia, walaupun kekuatannya sudah menurun dan sedang menghadapi krisis dalaman yang semakin parah.

Sejarah lama dan moden membuktikan tiada satu pun kuasa besar yang bertahan selama-lamanya, termasuklah kerajaan Nabi Sulaiman AS dan Khilafah Islam.

Antara sebab kejatuhan kerajaan Islam kerana ajarannya ditinggalkan oleh para penganutnya. Berbeza dengan agama yang lain kerana kesesatan ajaran masing-masing. Firman Allah SWT:

﴿أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِعَادٍ٦ إِرَمَ ذَاتِ الْعِمَادِ٧ الَّتِي لَمْ يُخْلَقْ مِثْلُهَا فِي الْبِلَادِ٨ وَثَمُودَ الَّذِينَ جَابُوا الصَّخْرَ بِالْوَادِ٩ وَفِرْعَوْنَ ذِي الْأَوْتَادِ١٠ الَّذِينَ طَغَوْا فِي الْبِلَادِ١١ فَأَكْثَرُوا فِيهَا الْفَسَادَ١٢ فَصَبَّ عَلَيْهِمْ رَبُّكَ سَوْطَ عَذَابٍ١٣ إِنَّ رَبَّكَ لَبِالْمِرْصَادِ١٤﴾

“Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu lakukan terhadap terhadap kaum ‘Aad? (6); (Iaitu) penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi. (7); Keadaan yang belum pernah dibangunkan (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain. (8); Dan kaum Tsamud yang memotong batu-batu besar di lembah. (9); Dan kaum Firaun yang mempunyai pasak-pasak (tentera yang banyak). (10); Kaum yang berbuat sewenang-wenangnya dalam negeri mereka. (11); Lalu mereka berbuat banyak kerosakan dalam negeri itu. (12); Maka disebabkan itu, Tuhanmu menimpakan ke atas mereka pukulan azab. (13); Sesungguhnya Tuhanmu benar-benar mengawasi. (14).” (Surah al-Fajr: 6-14)

Kaum ‘Aad dihancurkan oleh Allah SWT dengan tiupan angin yang luar biasa kuatnya, manakala kaum Thamud dimusnahkan dengan tempikan yang kuat. Sedangkan Firaun dan bala tenteranya pula ditenggelamkan ke dalam laut. Terdahulu Namrud hanya dihancurkan dengan menggunakan nyamuk, bahkan terdapat kaum yang dimusnahkan oleh Allah SWT dengan wabak.

Marilah kita sama-sama melakukan muhasabah diri dalam menghadapi bencana wabak pandemik Covid-19 yang merupakan bala tentera Allah SWT buat seluruh dunia yang dipenuhi dengan kemaksiatan dan kezaliman.

Adapun bagi orang-orang yang beriman, mereka akan mendapat pahala kerana bersabar dan bertaubat. Akan tetapi, wabak yang dihadapi oleh mereka yang tidak beriman menjadi azab dan menambahkan kekufurannya.

Firman Allah SWT:

﴿وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ١٥٥ الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ١٥٦ أُولَئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ١٥٧﴾

“Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang bersabar.(155); (Iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: ‘Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun (Sesungguhnya kepada-Nya kami akan dikembalikan). (156); Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna, rahmat daripada Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang beroleh petunjuk. (157).” (Surah al-Baqarah: 155-157)

Sabar itu disertakan dengan usaha dan ikhtiar untuk menyelamatkan diri daripada jangkitan wabak. Semuanya diberikan ganjaran pahala, sekiranya seseorang itu beriman kepada Allah SWT dan Hari Pembalasan.

ABDUL HADI AWANG

Presiden PAS
Bertarikh: 1 Zulqa‘dah 1442 / 12 Jun 2021