PAS For All | Dewan Himpunan Pendukung PAS Selangor
Oleh : Cikgu Rajan Manikesavan
Naib Ketua DHPP Negeri Selangor
KOTA RAJA, 15 Oktober – Dewan Himpunan Pendukung PAS Kawasan Kota Raja, meneruskan lagi agenda mereka untuk membantu rakyat melalui bantuan barangan dapur ‘Bakul Prihatin’ sumbangan kerajaan Perikatan Nasional (PN) kepada 10 buah keluarga yang menetap di Flat Desa Latania dan Kampung Jawa, Klang di bawah Parlimen Kota Raja (P111).
Menurut laporan, para penerima rata-rata terdiri daripada golongan ibu tunggal, OKU dan B40 serta mereka yang terjejas akibat pandemik COVID-19. PAS Kawasan Kota Raja menerusi DHPP kawasan terus berusaha semampu yang boleh demi meringankan beban mereka.
Semoga sedikit bantuan yang telah dihulurkan ini dapat memberi manfaat kepada keluarga para penerima dan semoga bantuan seperti ini dapat meringankan sedikit beban yang dipikul mereka dalam meneruskan lagi kehidupan pada musim pandemik COVID-19 ini.
Lajnah Penerangan & Media Baru Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor