Home Berita PAS Melaka

Bakri calon Perikatan Nasional- PAS kerusi N14 Klebang

995
SHARE

Oleh ABU NUHA

TANGGA BATU, 7 Nov: Yang Di Pertua PAS Kawasan Tangga Batu, Bakri Jamaluddin telah dinamakan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) mewakili PAS yang akan bertanding di DUN N14 Klebang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan bermula minggu hadapan.

Ini berdasarkan pengumuman calon-calon bagi mewakili Perikatan Nasional yang telah dibuat oleh pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disiarkan secara dalam talian melalui laman Facebook rasmi beliau pada petang semalam.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14, DUN Klebang dimenangi oleh calon PKR, Gue Teck dengan majoriti 789 undi selepas memperolehi 7648 undi mengalahkan calon PAS, Ustaz Mohd Shafiq Ismail (2272 undi) dan calon BN, Datuk Lim Ban Hong (6859 undi).

Bakri dijangka akan bertembung dengan Gue Teck dan Lim Ban Hong apabila kedua-duanya dicalonkan semula masing-masing oleh PH dan BN berdasarkan pengumuman calon yang telah dibuat oleh kedua-dua parti itu baru-baru ini.