Home Kenyataan Media PAS Kelantan

BAIAH CALON KEKAL DI KELANTAN

1381
SHARE

Baiah merupakan suatu janji setia yang dilafazkan oleh calon PAS untuk patuh kepada hukum Allah, Rasul dan pucuk pimpinan selagi tidak bercanggah dengan prinsip Islam. Sekiranya baiah dilanggar, maka mereka akan berhadapan dengan laknat Allah dan segala elaun yang diterima adalah haram. Lafaz baiah ini adalah perkara asas yang telah dilafaz oleh seluruh calon-calon wakil rakyat PAS sebelum ini bagi menjaga ketuanan Islam dalam perjuangan.

Lafaz baiah sebegini sangat penting dan diperlukan bagi mengukuhkan parti di Kelantan khasnya dalam berhadapan dengan PRU-14 yang agak mencabar. Manakala berkenaan taklik dalam baiah atau melafazkan cerai talak tiga sebagaimana yang terkandung dalam baiah di Kelantan sebelum ini, maka penetapannya kepada calon PAS untuk PRU-14 adalah diserah kepada keputusan Majlis Syura Ulamak. Pihak kepimpinan PAS Kelantan akan menerima apa sahaja keputusan yang dipersetujui oleh pucuk pimpinan tertinggi nanti dalam perkara baiah.

~YAB USTAZ DATO’ BENTARA KANAN
PESURUHJAYA PAS KELANTAN