Home Rencana PAS Selangor

Kerana itu DAP selamanya memusuhi PAS! – DPPK Kuala Langat

409
SHARE

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Irham Hakimi MH
Sektor Komunikasi Korporat
Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Langat

Selepas beberapa hari isu pengharaman arak dan judi di Kedah disambut baik oleh para mufti, tokoh-tokoh agama Islam dan selainnya. Namun, tidak terlepas pandangan ‘mata lalat’ yang melihat sisi jahat berkaitan pengharaman arak di Kedah.

YB MB Kedah Sanusi Md Nor menyatakan sekiranya non-muslim nak beli arak, boleh terus beli di Penang dan itu juga mendapat tentangan hebat dari bangsa DAP. DAP bukan memusuhi PAS kerana berbeza pendekatan, tapi kerana ketegasan PAS dalam amar makruf nahi mungkar. DAP tidak memusuhi PAS semata-mata bahkan memusuhi Islam.

Berapa ramai isteri kehilangan suami kerana dilanggar pemandu mabuk? Berapa ramai anak dibelasah oleh seorang ayah kerana amarah mabuk dan judi? Berapa ramai lagi DAP mahu bunuh orang tidak bersalah dengan menyokong pemabuk-pemabuk ini?

Alhamdulillah sejak PAS memegang Kelantan, Terengganu, Kedah, hatta DUN Selama Perak, tiada lagi urus jual arak dan pusat judi yang dibuka. Sebagai seorang Muslim, keseriusan memelihara Maqasid Syariah perlu diambil berat demi kesejahteraan ummat.

Tidakkah rakyat melihat inilah kejayaan apabila sesuatu kerajaan diurustadbir oleh pemimpin yang faham syariat Allah? Sesungguhnya setiap pemimpin akan bertanggungjawab atas setiap yang dipertanggungjawabkan.

Hal ini kini dibawa ke Mahkamah, DPPKL menyeru untuk semua umat Islam bersama menolak segala kemungkaran arak, judi, zina, rasuah, khianat hak rakyat, dan mengajak kepada kebaikan demi agama bangsa dan negara.

22 November 2021 | 17 Rabiul Akhir 1443H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor