Home Berita PAS Negeri Sembilan

Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan beri penghargaan pada Jabatan Amal dan Briget Negara

308
SHARE

Oleh: RUSILAH MD SOM

SEREMBAN, 26 JULAI: Setelah tiga minggu bertugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Jabatan Amal Malaysia (JAM) Cawangan Negeri Sembilan dan Briget Negara menerima penghargaan daripada Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan bertempat di Klinik Kesihatan Seremban 2 (KKS2) , pagi kelmarin.

Kedatangan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Rafiei Mustapha, Timbalan Pesuruhjaya 2, Khairil Anuar Wafa, Ketua Penerangan, Muhamad Badzli Bakar mewakili BPPN9 telah disambut oleh Ketua KKS2, Dr Mastura Ismail.

Dr Mastura juga turut menerima sumbangan iaitu 100 “goodies bag” daripada Pesuruhjaya PAS untuk diagihkan kepada warga KKS2 sebagai tanda penghargaan buat petugas barisan hadapan di klinik tersebut.

Dalam program itu juga, Komandan Ahmad Yusri Abdul Salam pula telah menerima wang tunai bagi mewakili semua anggota JAM dan BN untuk diagihkan kepada mereka yang bertugas dalam tempoh 3 minggu yang lepas.

Beliau terharu menerima sumbangan tersebut kerana sebenarnya JAM dan BN melakukan kerja-kerja amal tanpa menerima sebarang elaun namun semua anggota tetap komited setiap hari membantu di PPV KKS2 itu.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada KKS2 kerana diberi peluang bertugas membantu pasukan petugas barisan hadapan di PPV tersebut.

Kata beliau lagi, “Kebajikan anggota JAM dan BN semasa bertugas memang telah dijaga dengan baik oleh pihak KKS2, apabila telah diberikan sebuah bilik khas yang digunakan bilik pengarahan (Comand Centre) di samping telah membolehkan pemberian vaksin lebih awal kepada semua yang terlibat”.

Badzli Bakar mewakili PAS Negeri Sembilan juga menyatakan penghargaan kepada dua orang wakil unit Khor Medik iaitu Dr Haikal Idris dan Dr Ahmad Luqman Bukhari yang turut serta dalam program yang dianjurkan.