Home Berita PAS Selangor

Ayam dan ikan sejuk beku menjadi perhatian penduduk – PAS Kawasan Sungai Besar

6
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sungai Besar

Oleh : Uwais Al-Qarni

SUNGAI BESAR, 12 September – Usaha menyantuni rakyat setempat diteruskan lagi hari ini dengan Program Agihan Ayam dan Ikan Sejuk Beku Parlimen Sungai Besar kepada penduduk di sekitar Parit 5 Sekinchan.

Agihan kepada penduduk setempat ini terdiri dari bungkusan ikan dan seekor ayam. Sejumlah 700 bungkusan telah diagihkan kepada seluruh penduduk tanpa ada yang tercicir.

Ustaz Fadzin dan YB Muslimin hadir dan menyampaikan sumbangan bungkusan ikan dan ayam tersebut kepada penduduk yang hadir secara pandu lalu sahaja bagi mengelakkan perkumpulan yang ramai.

“Kita pastikan semua penduduk dapat agihan ini dengan mengedarkan kupon terlebih dahulu ke setiap rumah penduduk sebelum program. Jadi, mereka hadir hari ini tanpa ada yang terkecuali dari senarai penerima.”

Agihan ini sedikit sebanyak meringankan kos sara hidup harian yang kian meningkat saban hari akibat pandemik Covid-19.

“Rasa syukur dan terima kasih kepada pihak YB, PAS dan BERSATU kerana terus cakna akan kebajikan rakyat. Walaupun mungkin kecil nilainya, besar maknanya buat kami yang tidak berkemampuan.”

Turut hadir dalam program penyampaian sumbangan tadi ialah En. Zulkifli, Pengarah DUN Sekinchan, BERSATU dan AJK PAS DUN Sekinchan yang bertungkus-lumus memastikan kelancaran program berjalan dengan teratur.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor