Home Rencana PAS Selangor

7 Tahun Program PASTI, bersama KP PAS Hulu Selangor – Ketua Pemuda PAS Hulu Selangor

36
SHARE

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Tuan Amri Abdullah Sani
Ketua Pemuda PAS Hulu Selangor

HULU SELANGOR, 12 September – Pada hari ini telah berucap didalam program PASTI Kawasan Hulu Selangor pagi tadi mungkin buat kali yang terakhir sebagai Ketua Pemuda PAS Kawasan Hulu Selangor.

Sejak 7 tahun yang lepas sebaik dipilih sebagai KP Kawasan, saya telah melihat perubahan demi perubahan semakin baik dan padu yang dialami oleh PASTI Hulu Selangor bermula dengan Pengerusinya Tn Muhamad Nazim Mohd Sarjidan, diikuti oleh Tn Abu Umar, disambung pula oleh Tn Mohd Hafiz Bin Zainal sehinggalah disaat ini dipimpin pula oleh Tn NKP Mohd Zulwafi Bahaudin.

Dibantu selama hampir 7 tahun ini oleh 2 orang anak muda yang luar biasa iaitu Tn Azri Muhammad dan Tn Ibnu Zainuddin selaku Setiausaha Kerja dan Bendahari (Unit Kewangan).

Ditambah baik dengan penubuhan PASTI Dewan yang diuruskan oleh AF Ustaz Syahmie Nor selaku Pengurus dan dibantu dengan tegas dan setia oleh AF Ustaz Amir Saiful Islam.

Pastinya dengan bantuan, perkongsian penuh pengalaman oleh ‘Pakar Rujuk’ kami pasangan yang diberkati Allah SWT iaitu Tn Hj Cikgu Muhamad Shukri serta Pn Hajjah Cikgu Fatimah Daud yang tidak jemu melayan kerenah serta perangai kami anak-anak muda ini.

Juga tidak lupa jasa baik ‘Tulang Belakang’ PASTI selama ini iaitu saf Pengurus-pengurus PASTI Cawangan Kekanda Shakri Mohamed, Kekanda Tahil Udin, Kekanda Mohd Apandi Ghazali, Tn Jasra Faizal sekadar menyebut beberapa nama daripada ramai lagi InsyaAllah.

Tidak juga mampu dilupakan betapa kuatnya sokongan daripada saf pimpinan PAS Kawasan Hulu Selangor terutama daripada Yang DiPertua Tn Hj Zul-Md Hasnizan Harun, TYDP AF Ustaz Fazlulrahimi Maarop, NYDP Tn Mohd Nizam serta semua AJK Kawasan juga AF Ustaz TKP Syeikh Mujahid dan sahabat-sahabat AJK Pemuda PAS Kawasan kecintaanku selamanya.

Jutaan Terima kasih juga buat AF Ustaz Syarhan Humaizi Halim dan saf pimpinan PASTI Malaysia, juga buat AF Ustaz Hanafi Zulkapli dan saf pimpinan DPPNS yang bernaung dibawahnya PASTI Negeri Selangor dipimpin oleh AF Ustaz Mohd Faizol Siti Anisah dan saf pimpinannya.

Akhirnya pastinya buat saf guru-guru PASTI diseluruh Hulu Selangor yang tidak termampu saya menyebut nama mereka sepenuhnya. Merekalah insan terpadu dan paling banyak InsyaAllah pahala mengalir selamanya atas jasa dan keringat mendidik anak-anak PASTI kita dulu, kini dan InsyaAllah selamanya.

PASTI tetap akan menjadi kenangan abadi didalam kehidupanku selamanya. InsyaAllah sekiranya diperlukan akan tetap membantu sedayanya sesuai dengan apa yang ada pada diri ini dimasa hadapan. Siiru’alaa Barakatillah PASTI Hulu Selangor.

“Terus berbakti buat Ummah dan Seluruh Manusia”

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor