Home Artikel PAS Terengganu

Indahnya Islam Menolak Fitnah dan Tohmahan

719
SHARE

Betapa pentingnya undang-undang Islam diperkasakan dari sudut kadar hukuman melibatkan Qazaf atau tuduhan melakukan zina.

Ia menyelamatkan masyarakat daripada dihidangkan seumpama video seks yang mensasarkan orang-orang politik dan penguasa termasuk video seks songsang seumpama liwat.

Pengakuan oleh pelaku hanya mensabitkan kesalahan pelaku tetapi tidak menjadi bukti mensabitkan pasangan pelaku. Itu sistem keterangan dan pembuktian Islam. Sangat adil dan tidak menzalimi manusia.

PAS istiqamah menolak sebarang bentuk fitnah. PAS menolak skandal seks dijadikan bahan politik murahan menjatuhkan rakan dan lawan.

PAS menolak video semata-mata menjadi bukti atas apa-apa dakwaan kesalahan tanpa bukti sokongan yang lain kerana ia terdedah kepada manipulasi dan penipuan.

Dan lebih penting asas pada penghakiman Islam ialah seseorang itu bebas daripada sebarang kesalahan sehinggalah dibuktikan sebaliknya di mahkamah.

Menteri yang dikaitkan dengan pelakuan seks tidak perlu meletakkan jawatan atau bercuti hanya semata-mata kerana tuduhan.

Jika ia menjadi amalan ramailah nanti membuat pelbagai tuduhan sebagai alasan untuk seseorang meletakkan jawatan sedangkan pembuktian yang kukuh gagal dikemukakan atau hanya menggunakan khabar angin semata-mata atau perkhabaran individu yang tidak boleh dipercayai dan diragui kredibilitinya.

Sistem perundangan Islam sangat adil tapi malang ia tidak menjadi sandaran sebahagian masyarakat Islam sendiri.

Dr Khairuddin Takiri
16 hb Jun 2019