Home Berita PAS Sarawak

Asnaf Golongan Sasar Penerima Sumbangan PAS Petrajaya

832
SHARE

18 Jun, Petra Jaya : Seramai 20 keluarga menerima sumbangan berupa beras dan keperluan dapur dalam satu Majlis Iftar bersama Asnaf dan penyampaian sumbangan anjuran Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan, Badan Perhubungan PAS Negeri Sarawak(BPPNS) dengan kerjasama PAS Petra Jaya di Parlimen 194 Petra Jaya.

Program yang diadakan setiap tahun ini dimulai selepas Asar dengan majlis tadarus & khatamul Quran bersama muslimat, guru-guru PASTI dan turut disertai oleh penerima sumbangan yang hadir bagi menambah keberkatan majlis. Majlis diserikan lagi dengan tazkirah sebelum waktu berbuka puasa yang mengingatkan para hadirin akan tingkatan taqwa dan nilai-nilai Islam yang lain.

Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran Pengerusi Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan, Ketua Penerangan BPPNS, Naib Ketua Muslimat Negeri Sarawak, Ketua Pemuda dan Ketua Muslimat serta ahli-ahli PAS Petra Jaya sekitarnya. Penyampaian sumbangan yang disampaikan oleh PAS Petra Jaya kepada golongan asnaf dijayakan sejurus selepas hadirin menikmati juadah berbuka puasa.

PAS bertindak mengambil langkah pendekatan kebersamaan dalam majlis iftar ini bersama golongan asnaf dan penyampaian sumbangan yang diadakan pada Ahad lalu sekaligus menggambarkan keprihatinan PAS terhadap golongan yang memerlukan.

PAS Petra Jaya mengharapkan agar sumbangan yang disampaikan dapat membantu sedikit sebanyak golongan asnaf yang terlibat. Bagi yang ingin menghulurkan sumbangan untuk program kebajikan PAS Petra Jaya, boleh salurkan sumbangan kewangan anda ke akaun PAS KAWASAN PETRA JAYA( 561190821275 Maybank). Sumbangan berbentuk barangan dapur/beras juga diterima untuk disampaikan kepada yan memerlukan.

PAS Petra Jaya menyeru agar kita semua dapat merebut pahala dan beribadah di akhir Ramadhan ini. Semoga Allah redha dan menerima amalan kita semua di dunia dan akhirat.

Taqabballallhu minna wa minkkum.

 

{jathumbnail off}