Home Artikel PAS Kedah

Asnaf disantuni sempena program penutup tahun 2019 PKWR Ayer Hitam

383
SHARE

AYER HITAM 30 DISEMBER 2019- Seramai hampir 100 orang asnaf menerima sumbangan barangan dapur dalam program “Jejak Dan Bantu Asnaf” dalam zon 4 DUN Ayer Hitam, yang berlangsung di PASTI An-Nur Padang Sera, Petang tadi.

ADUN Ayer Hitam, YB Hj Azhar Ibrahim berkata sumbangan dalam bentuk barangan dapur tersebut diagihkan kepada asnaf-asnaf sekitar dalam DUN Ayer Hitam.

“Alhamdulillah, sebelum tirai 2019 melabuhkan tirai diharap dengan sumbangan sikit tanda ingat ini dapat mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh mereka” Katanya.

YB ADUN Ayer Hitam turut memenuhi hajat permintaan daripada pelajar yang akan menyambung pelajaran di Giat Mara, begitu juga menyampaikan sumbangan kepada pelajar yang patah tangan ketika bermain bola sepak dan menziarahi 5 beradik yang kehilangan mak dan ayah mereka baru-baru ini.

Turut hadir dalam majlis penyampaian sumbangan tersebut, Pengarah Pusat Khidmat Wakil Rakyat Ayer Hitam Abdul Hadi Omar dan ahlijawatankuasa PKWR DUN Ayer Hitam.

Jamuan Mee Kari juga disediakan kepada asnaf-asnaf sepanjang program berlangsung.