Home Berita PAS Wilayah

ARC Wilayah baikpulih, cuci 20 motosikal mangsa banjir

253
SHARE

Oleh MOHD SHARIFF AL-FAATEH CHE ALIAS

LEMBAH PANTAI, 19 Dis – Kira-kira 20 buah motosikal penduduk tempatan sekitar Kampung Pasir, Lembah Pantai telah dibaikpulih dan dicuci oleh Alternatif Riding Club(ARC) Wilayah Persekutuan.

Kebanyakan motosikal yang dihantar untuk dibaikpulih mengalami kerosakan yang teruk akibat semalaman ditenggelami banjir kilat yang melanda akibat hujan lebat berterusan selama 3 hari.

Program yang diketuai Pengarah ARC Wilayah Persekutuan, Mohd Aizat Mohamed telah mendapat sambutan hangat anak-anak muda sekitar kampung berkenaan.

“Atas sambutan yang menggalakkan ini, ARC Wilayah Persekutuan akan menganjurkan program serupa buat kali kedua pada 25 dan 26 Disember ini,” jelasnya.

Program yang berlangsung sehingga lewat malam itu juga turut mendapat perhatian Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari yang turut serta membantu mangsa banjir bersama anggota Jabatan Amal Malaysia.

Beliau di laman Facebooknya mengucapkan tahniah kepada Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan atas penganjuran program tersebut.