Home Berita PAS Sabah

PAS Sandakan meraikan winter solstice Festival bukti PAS boleh di terima oleh masyarakat pelbagai kaum

143
SHARE

Oleh : Faizah Arbain
27 December 2021

SANDAKAN : PAS Zon Sandakan menerusi Lajnah Perpaduan Nasional zon Sandakan meraikan Winter Solstice Festival pada sabtu lalu. Ini adalah tahun ke 2 PAS Sandakan meraikannya dengan menyediakan bebola manis ataupun di sebut dengan nama ‘Tan Yuan’ oleh kaum Tiong Hua di daerah ini.

Dalam ucapan alu-aluan perasmian program tersebut oleh YDP PAS Sandakan, merangkap Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah Saudara Sahar Abdul Majid, katanya PAS yang di dalamnya terdapat DHPP (Dewan Himpunan Pendukung PAS), yang mana mereka ini terdiri daripada yang bukan Islam.

PAS Sandakan meraikan program ini dengan suasana satu keluarga sesuai dengan simbolik bentuk bulatan bebola manis itu, kata Sahar.

Ulasnya lagi, dengan kejayaan perlaksanaan program ini, membuktikan bahawa PAS tidak pernah berlaku rasis terhadap kaum lain, malah PAS sangat menghormati semua kaum tanpa mengira agama dan bangsa.

Terdahulu, Sahar turut berterima kasih kepada semua Muslimat PAS zon Sandakan terutama ketua muslimat Sandakan Ummu Syifa’ dan Ketua Muslimat Batu Sapi Norliah Omar yang turun bergotong royong bersama- sama membuat bebola manis dengan tunjuk ajar dari ahli DHPP Sandakan sendiri Madam Wong.

Turut hadir, Timbalan YDP Sandakan Samsulrizal Zulfatmi, TYDP Batu Sapi saudara Masru Mustakim, dari Jabatan Amal Sandakan Saudara Rahman Johari dan Ketua DHPP Sandakan Mr. Isaac Wong.

 

Bebola manis tersebut turut di edar di Batu Sapi melibatkan kampung Kombo dan Tanah Merah. Juga di Sandakan melibatkan Pasar malam Kimfung dan Taman Heng Lee.

Semoga PAS terus kukuh sebagai parti yang mengukuhkan perpaduan antara kaum di Malaysia ini, amnya di Sabah.